Dilea Tuisyen Rakyat – Webinar Matematik Edisi Ke-7

9 Ogos 2026 | Aktiviti Terkini

Pada Sabtu bertarikh 08 Ogos 2026 yang lalu, Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Bengoh telah menyertai Webinar Matemati Edisi Ke-7 yang diadakan secara atas talian. Webinar tersebut diadakan selama dua jam iaitu dari pukul 2:30 petang sehingga 4:30 petang dan dihadiri oleh seorang pelajar Tingkatan 2 yang terdiri daripada komuniti setempat NADI.

Webinar kali ini bertajuk Matematik Algebra bagi Sekolah Menengah. Antara topik yang dibincangkan adalah seperti berikut:
• Pengenalan Algebra
• Pengembangan Algebra
• Pemfaktoran Algebra
• Pecahan Algebra
• Persamaan Serentak
• Sesi Refleksi

Kami berharap agar apa yang dikongsikan bersama dengan pelajar dapat dijadikan manfaat dan pembelajaran di masa akan datang. Sekian, terima kasih.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali